PM sertai sesi penting Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 hari ini

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menyertai beberapa agenda rasmi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 melibatkan beberapa sesi utama bersama pemimpin dari 11 negara anggota ASEAN di Cebu, Filipina.

Antara acara utama yang dijadual disertai Perdana Menteri adalah majlis sambutan rasmi ketibaan pemimpin ASEAN sebelum menghadiri upacara pembukaan sidang kemuncak berkenaan.

Anwar turut dijadual menghadiri sesi plenari Sidang Kemuncak ASEAN yang menghimpunkan pemimpin negara anggota bagi membincangkan isu strategik serantau termasuk kerjasama ekonomi, keselamatan dan cabaran geopolitik semasa.

Selain itu, Perdana Menteri juga dijadual menyertai sesi retreat pemimpin ASEAN pada tengah hari.

Dalam masa sama, Perdana Menteri dijadual mengadakan beberapa mesyuarat dua hala bersama pemimpin serantau bagi memperkukuh hubungan diplomatik dan kerjasama strategik Malaysia dengan negara anggota ASEAN.

Antara pertemuan yang dijadual berlangsung termasuk mesyuarat dua hala bersama Thailand, diikuti Kemboja sebelum satu lagi sesi bersama Vietnam pada jam 4.20 petang.

Perdana Menteri turut dijadual mengadakan Exit Press Conference pada jam 4.40 petang bagi merumuskan pendirian serta penglibatan Malaysia sepanjang sidang kemuncak kali ini.

Selepas sidang media itu, Anwar dijadual menghadiri majlis makan malam gala yang dihoskan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr bersama pemimpin ASEAN dan delegasi negara anggota.

Perdana Menteri dijangka berlepas pulang ke tanah air malam ini selepas selesai menghadiri keseluruhan program rasmi.

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 berlangsung dalam suasana rantau yang berdepan pelbagai cabaran global termasuk ketidaktentuan ekonomi, keselamatan serantau dan perkembangan geopolitik yang memerlukan pendekatan bersama dalam kalangan negara anggota ASEAN.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img