Ribuan umat Islam solat jenazah, Allahyarham Bung Moktar selamat dikebumikan

AHLI Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini awal pagi pada Jumaat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu pukul 2.25 petang.

Van  membawa jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan itu pada 1.45 tengah hari, disambut orang ramai daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang juga Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin; Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar, sanak saudara dan rakan seperjuangan Allahyarham.

Sebelum itu ribuan jemaah menghadiri solat jenazah di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu  pada Jumaat.

Solat jenazah itu dilaksanakan sejurus selesai solat Jumaat dan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Imam Suhaidi Kuanting.

Turut hadir menunaikan solat jenazah ialah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun serta beberapa pemimpin lain.

Bung Moktar, 66, meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu pada 1.46 pagi hari ini dan pemergian itu disahkan oleh anaknya, Naim Kurniawan Moktar.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img