Samun berkumpulan : 2 pegawai kanan, seorang anggota polis antara enam ditahan

ENAM lelaki termasuk dua  pegawai kanan dan seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan di Gombak pada 27 Februari lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi dan satu operasi khas dilancarkan bagi menjejaki suspek.

Beliau berkata, hasil siasatan dan risikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak polis melakukan beberapa tangkapan bermula 2 Mac lalu.

“Dalam operasi berkenaan, polis menahan enam lelaki warga tempatan di beberapa lokasi berasingan.

“Daripada jumlah tersebut, tiga suspek merupakan penjawat awam iaitu dua pegawai kanan dan seorang anggota polis, manakala tiga lagi orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan turut mendapati salah seorang suspek awam yang ditahan mempunyai 20 rekod jenayah lampau.

Menurutnya, kesemua suspek kini direman sehingga 8 Mac bagi membantu siasatan lanjut.

“Polis merampas wang tunai berjumlah RM11,498 serta beberapa barang kes lain termasuk sebuah kenderaan Mercedes-Benz, sebuah Chery Omoda 5 dan sebuah van jenis Toyota Hiace.

‘’Turut dirampas tiga helai vest bertulis ‘Polis’, dua ketulan emas seberat 100 gram serta 13 telefon bimbit pelbagai jenama,’’ katanya.

Beliau berkata, polis kini berusaha  mengesan dua  individu susulan maklumat yang diperoleh daripada suspek yang telah ditahan.

“Siasatan telus dan menyeluruh sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil bagi memastikan integriti pasukan serta keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img