‘’Saya tidak ada sebarang suara dalam keputusan Tabung Haji’’ – Asyraf Wajdi

SETIAUSAHA Agung UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang suara dalam keputusan Lembaga Tabung Haji (TH) ketika menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdan Menteri (Hal Ehwal Agama), walaupun turut hadir pada majlis menandatangani perjanjian pada 2017 yang dikaitkan dengan pelaburan paling bermasalah agensi tersebut.

Satu gambar pada 2017 yang memaparkan Asyraf, Pengerusi TH ketika itu Datuk  Abdul Azeez Abdul Rahim, serta beberapa pihak lain yang terlibat dalam memeterai perjanjian lanjutan pajakan 10 tahun dengan Al-Rawda Real Estate Development and Project Management Co Ltd, tersebar di Facebook baru-baru ini.

Pada Selasa, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pengurusan kewangan TH dari 2014 hingga 2020 mendapati tujuh daripada 14 pelaburan dana jemaah haji itu bagi tempoh tersebut mencatatkan kerugian keseluruhan.

Amir Hamzah berkata, kerugian terbesar berpunca daripada pelaburan TH dalam Al-Rawda, sebuah syarikat pembangunan hartanah dan pengurusan projek yang berpangkalan di Arab Saudi.

“Bersungguh-sungguh nampaknya nak burukkan dan bunuh imej saya dengan cuba kaitkan saya dengan apa juga isu Tabung Haji,” katanya  Asyraf Wajdi lapor Malaysiakini.

“Untuk pengetahuan, saya diminta menjadi ketua jemaah haji Malaysia pada 2017 menggantikan menteri. Kebetulan saya ada di Makkah, maka dijemput mewakili menteri menghadiri majlis tersebut.’’ Katanya.

Asyraf Wajdi berkata, Tmbalan Menteri tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan dalam operasi atau proses kelulusan TH.

Operasi agensi itu, katanya, dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pihak pengurusan TH, dipantau Pengerusi dan Lembaga Pengarah, dengan hal-hal dasar utama akhirnya diputuskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama.

Beliau berkata, ini menjelaskan mengapa RCI mahupun agensi penguatkuasaan tidak pernah memanggilnya untuk disoal siasat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here