Polis siasat insiden penghuni pusat pemulihan dadah, alkohol larikan diri

POLIS mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian sekumpulan penghuni melarikan diri dari sebuah pusat pemulihan dadah dan alkohol di Bukit Kuda, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima daripada pemilik pusat berkenaan pada 28 Oktober lalu.

Menurutnya, berdasarkan laporan, premis itu didatangi sekumpulan lelaki dan wanita yang kemudian membawa keluar beberapa penghuni tanpa kebenaran pihak pengurusan.

Bagaimanapun, katanya, jumlah penghuni yang dibawa keluar masih dalam siasatan.

“Hasil siasatan mendapati pusat pemulihan itu adalah milik persendirian,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Ramsay berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu sehingga boleh menggugat ketenteraman awam atau mengganggu siasatan.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara menerusi talian 03-3291 9614, balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Amirul Ashraf Abd Rahim di talian 011-69730086.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here