Siasatan Felda: SPRM sambung reman bekas CEO anak syarikat

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah badan berkanun Persekutuan disambung reman empat hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.

Perintah reman selama empat hari bermula Khamis hingga Ahad itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakaria selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Suspek sebelum ini direman selama tiga hari sejak Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung pelantikan syarikat pemaju bagi sebuah projek di Kuala Lumpur.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here