SPRM ambil keterangan bekas CFO anak syarikat TH hari ketiga

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambung proses rakaman keterangan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah anak syarikat milik Lembaga Tabung Haji (TH) untuk hari ketiga, hari ini.

Proses rakaman keterangan lelaki berusia 60 tahun itu dijadual berlangsung sekitar jam 10 pagi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta.

Proses merakam keterangan itu berlangsung selepas sepasukan pegawai SPRM mengunjungi ibu pejabat Tabung Haji pada Jumaat lalu.

SPRM juga sepatutnya mengambil keterangan seorang bekas pengurusan tertinggi syarikat berkenaan yang bergelar Datuk, namun beliau dilaporkan tidak hadir sejak semalam kerana tidak sihat.

Media sebelum ini melaporkan, kedua-dua pegawai kanan syarikat milik badan berkanun itu ditahan SPRM susulan siasatan terhadap laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji, namun dibebaskan pada atas alasan kesihatan.

Dua individu masing-masing berusia 68 dan 60 tahun ditahan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam proses pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai RM370 juta.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img