SPRM pertimbang lantik pakar forensik asing bantu siasat RCI Tabung Haji

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menambah pegawai penyiasat termasuk kemungkinan dalam kalangan pakar forensik luar negara bagi meneliti dokumentasi dan bahan bukti diperoleh daripada siasatan isu dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pelantikan pakar forensik asing itu masih dibincangkan di peringkat tertinggi ibu pejabat, tertakluk kepada kos memandangkan ia membabitkan entiti asing.

Beliau berkata, langkah itu dipertimbang kerana dokumentasi berkaitan kes berkenaan amat banyak dan memerlukan penelitian khusus, kepakaran serta kesabaran dalam meneliti setiap dokumen dan bukti yang diperoleh.

“Kami masih lagi berbincang di peringkat ibu pejabat khususnya peringkat tertinggi, bagi melantik pakar forensik dari luar bagi membantu SPRM melakukan penyiasatan secara forensik terhadap apa jua dokumentasi dan bukti yang diperoleh bagi membantu penyiasatan.

“Perbincangan itu masih lagi berlangsung dan tentunya ia tertakluk kepada kos yang diperlukan kerana yang bakal dilantik itu adalah entiti asing yang memiliki kepakaran khusus selain pegawai penyiasat yang kami ada,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM Sarawak di Kuching hari ini, lapor BH.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here