SPRM reman 3 penjawat awam minta, terima rasuah RM500,000

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga penjawat awam sebuah agensi penguatkuasaan sebuah daerah di Sabah kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas lori-lori milik syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 22 April depan terhadap kesemua suspek telah dikeluarkan Majistret Don Stiwin Malanjum selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Tawau pagi tadi.

SEORANg daripada tiga penjawat awam (kanan) yang ditahan SPRM berhubung kes minta, terima rasuah RM500,000 dikawal untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Tawau pagi ini. GAMBAR: SPRM

Menurut sumber, ketiga-tiga  suspek lelaki berusia lingkungan 40 hingga 50-an telah ditahan antara jam 4 dan 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Tawau.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2022 hingga 2024 dan telah menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi milik masing-masing.

“Ketiga-tiga suspek terdiri daripada dua pegawai dan seorang anggota penguat kuasa turut dipercayai telah menerima wang rasuah secara bulanan bernilai kira-kira RM500 hingga RM30,000 seorang daripada beberapa buah syarikat kenderaan berat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img