Kaunter kerajaan kekal beroperasi seperti biasa walau BDR – Fahmi

KAUNTER perkhidmatan kerajaan di seluruh negara kekal beroperasi seperti biasa walaupun pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi sektor perkhidmatan awam Persekutuan bermula hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tidak boleh terjejas meskipun sebahagian penjawat awam BDR.

Menurutnya, Anwar turut mengarahkan Jabatan Perdana Menteri melalui Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar untuk memantau pelaksanaan dasar itu termasuk memastikan kehadiran dan keberadaan penjawat awam sentiasa dipatuhi.

“Walau bagaimanapun penyampaian perkhidmatan pihak kerajaan kepada rakyat khususnya urusan di kaunter terus beroperasi seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Dalam masa sama, kerajaan turut menggalakkan sektor swasta mempertimbangkan pelaksanaan BDR bagi bahagian tertentu yang bersesuaian.

Sementara itu, Fahmi berkata, Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai lawatan rasmi Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese ke Malaysia yang akan bermula esok.

Menurutnya, lawatan itu bertujuan mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Australia selain menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian persefahaman antara kedua-dua negara.

“Perbincangan antara kedua-dua pemimpin juga dijangka menyentuh isu global semasa termasuk krisis yang sedang dihadapi dunia ketika ini,” katanya.

Beliau berkata, maklumat lanjut hasil pertemuan tersebut akan dimaklumkan selepas sesi perbincangan berlangsung.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img