SPRM,JPSM meterai nota kerjasama perkukuh budaya integriti , pendidikan pencegahan rasuah

SURUHANJAYA  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah menandatangani Nota Kerjasama (NoA) sebagai komitmen bersama dalam memperkukuh budaya integriti dan memperkasa pendidikan pencegahan rasuah dalam kalangan warga institusi dan masyarakat.

Nota Kerjasama itu ditandatangani antara Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah dan Pengarah JPSM Sabah, Dr Kamsiah Ibrahim disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya serta Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains,Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah, Datuk Hassan Mahali di Sabah International Convention Centre (SICC) di Kota Kinabalu, hari ini.

Majlis menandatangani NoA itu adalah kesinambungan kepada NoA yang telah dimeterai pada 29 Mac 2022 bagi pelaksanaan Modul Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) yang merupakan subjek elektif wajib dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), JPSM Sabah.

Ia menjadikan ILTP sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pertama di Sabah yang menjadi peneraju dalam mengaplikasi subjek integriti dan antirasuah di Malaysia.

Selain itu, skop kerjasama NoA yang dimeterai selama lima tahun yang bermula tahun ini sehingga 2030 turut ditambah baik dan tidak terhad kepada Modul KIAR sahaja tetapi kepada keseluruhan agensi dalam usaha mengukuhkan tatakelola, integriti dan antirasuah.

Sementara itu, majlis penyerahan Nota Kerjasama ini turut diadakan pada majlis perasmian Progam Sabah TVET Fest 2026 yang melibatkan penyertaan pelbagai institusi TVET bertemakan “TVET di Era Dominasi AI” yang dirasmikan oleh Pembantu Menteri, KPSTI Sabah, Jordan Jude Ellron.

Sesi penyerahan NoA dalam program itu memberi impak signifikan daripada segi pengukuhan komitmen, peningkatan kesedaran, peluasan jaringan kerjasama dan keyakinan pihak berkepentingan. Ia juga mempercepat usaha membudayakan integriti serta menyokong pelaksanaan agenda antirasuah secara lebih menyeluruh di peringkat institusi dan nasional.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Sabah, Datuk Syamsul Osman; Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah, PKPj Alexander S.Kunghi; Ketua Cawangan Sekretariat Hal Ehwal Parlimen dan Perhubungan Strategik, Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, PPj Hong Chin Chin, pegawai-pegawai kanan SPRM Sabah dan JPSM Sabah.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img