Stor barangan lusuh musnah terbakar di Klang

SEBUAH stor penyimpanan barangan lusuh musnah kira-kira 95 peratus dalam kebakaran berhampiran Surau Haji Maasom, di Klang, tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12.37 tengah hari.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara bersama lima anggota dikejarkan ke lokasi dan tiba pada jam 12.42 tengah hari.

“Komander operasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah stor penyimpanan barangan lusuh kelas C berkeluasan 60 x 60 kaki.

“Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah 95 peratus dan tiada mangsa terbabit dalam kejadian ini,” katanya.

Beliau berkata, operasi pemadaman berjaya dikawal pada jam 1.03 petang.

Katanya, pasukan bomba kemudian menjalankan kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada lagi bara api atau bahagian yang masih berisiko menyebabkan kebakaran semula.

“Operasi masih diteruskan bagi kerja-kerja overhaul,” katanya.

Menurutnya, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih belum dikenal pasti dan akan ditentukan selepas siasatan lanjut dijalankan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here