Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji

YANG  di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, hari ini.

Istiadat Mengarak Panji-Panji merupakan antara acara rasmi sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut berangkat mengiringi Seri Paduka ialah   Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim,

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  Timbalan Perdana Menteri  Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sebanyak 21 das tembakan kehormatan turut dilepaskan oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) diketuai Mejar Hafizah Mat Ghani.

Seri Paduka  turut berkenan memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 25 pegawai dan 510 anggota ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM diketuai Leftenan Kolonel Azlan Shah Baharom, Pegawai Memerintah Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Panji-Panji merupakan satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat serta ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh ATM terhadap Raja dan Negara.

Dari sudut sejarah, Panji-Panji berasal daripada bendera yang digunakan oleh suatu ketumbukan angkatan tentera pada zaman dahulu.

Dalam era moden, Panji-Panji serta upacara mengaraknya menyumbang kepada lambang perhubungan sesuatu pasukan atau ketumbukan dengan institusi Diraja dan kerajaan di bawah naungan Baginda.

Istiadat Mengarak Panji-Panji diadakan tiga kali dalam tempoh lima tahun pemerintahan bagi setiap Raja Melayu yang dilantik sebagai Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong iaitu bagi tahun pertama, tahun ketiga dan tahun terakhir pemerintahan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img