Mungkin wujud ‘faktor tertentu’ akses MyKhas dua Ahli Parlimen disekat – Fahmi

SEKATAN akses portal MyKhas terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dipercayai mempunyai sebab tertentu yang membawa kepada tindakan berkenaan, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan sekatan itu hanya membabitkan peruntukan khas yang disalurkan menerusi portal MyKhas dan tidak menjejaskan hak atau elaun kedua-dua Ahli Parlimen tersebut di bawah Parlimen.

Menurutnya, peruntukan yang dimaksudkan ialah peruntukan khas Perdana Menteri yang disalurkan melalui portal berkenaan.

“Sudah pasti ada sesuatu yang telah berlaku yang mengakibatkan sekatan ini dikenakan kepada mereka,” katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet, hari ini.

Fahmi turut meminta orang ramai mengambil maklum penjelasan yang diberikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, penduduk di kawasan Parlimen Petaling Jaya dan Subang masih boleh mengemukakan permohonan bantuan atau peruntukan melalui saluran yang disediakan.

“Saya ambil maklum dan umum juga perlu mengambil maklum bahawa ICU membuat kenyataan bahawa warga dan penduduk di kedua-dua kawasan Parlimen itu masih boleh membuat permohonan yang akan diteliti pihak ICU JPM untuk diluluskan,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Setiausaha Agung PKR, Bryan Ng Yih Miin mendakwa sekatan akses portal MyKhas terhadap kedua-dua pemimpin itu mempunyai kaitan dengan pendirian politik mereka.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img