Suspek kes bunuh mayat reput dalam gulungan tilam didakwa esok

SUSPEK kes pembunuhan di mana mayat mangsa ditemukan reput dalam gulungan tilam dengan tangan terikat di sebuah rumah kedai di Pokok Mangga, Melaka akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kertas siasatan kes sudah lengkap dan telah dikembalikan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Arahan lanjut adalah untuk menuduh suspek berusia 40 tahun itu di mahkamah esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan dalam gulungan tilam dengan tangan terikat di sebuah rumah kedai di kawasan Pokok Mangga kira-kira jam 7 malam pada 28 Mei lalu.

Mayat terbabit dilaporkan hancur dan mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih dua minggu hingga sebulan sebelum ditemukan pemilik premis yang memeriksa rumah kedai itu kerana gagal menghubungi penyewanya.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan lanjut kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img