Tengku Hassanal sertai Ekspedisi Mahkota Borneo di Sabah 11 Mei ini

TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengetuai Ekspedisi Mahkota Borneo di Sabah yang dijadual berlangsung dari Isnin hingga Rabu depan.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, Tengku Hassanal dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira 1 petang Isnin ini sebelum mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bagi bertukar pandangan dan idea.

Menurut beliau, menerusi ekspedisi berkenaan, Tengku Hassanal turut dijadual mendaki Gunung Kinabalu pada Selasa dengan diiringi pegawai dan anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU), selain pengiring rapat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ekspedisi Mahkota Borneo ini mencerminkan semangat kepimpinan, ketahanan fizikal dan disiplin tinggi yang sentiasa diterapkan Tuanku dalam kalangan generasi muda serta pasukan keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan media malam ini.

Mohamed Zahari berkata, ekspedisi itu juga diyakini mampu mengukuhkan hubungan silaturahim dan kerjasama strategik antara Pahang dengan Sabah, selain menyemarakkan semangat perpaduan serta patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img