Tengku Zafrul berhasrat bertanding mana-mana kerusi Parlimen di Selangor

PENASIHAT  Kanan Politik Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  berhasrat untuk dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) di Selangor.

Katanya, beliau telah mengemukakan hasrat  itu kepada kepada pucuk pimpinan PKR bagi mendapatkan persetujuan Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya telah memberikan cadangan supaya kalau ada pilihan raya, terutamanya PRU, saya diberi peluang untuk bertanding di Selangor, tetapi belum ada keputusan muktamad,” katanya kepada  pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Yayasan TZA di Kuala Lumpur.

Tengku Zafrul berkata, beliau tidak mempunyai sasaran kawasan mana mahu bertanding sebaliknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan PKR untuk bertanding mana-mana kawasan Parlimen yang ada kekosongan.

“Sebagai ahli parti dan ahli di Cabang Ampang memang banyak luangkan masa di Ampang dan juga di Pandan dan beberapa lagi kawasan lain yang saya diminta untuk bantu. Di Pandan ada kekosongan … Ahli Parlimen tidak ada lagi dan saya diminta untuk memantau di Ampang sebagai wakil,” katanya.

Tengku Zafrul menyertai PKR pada 30 Mei tahun lalu dan pernah bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Selangor pada PRU-15.

Beliau bagaimana tewas dengan majoriti 1,002 undi kepada calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Dzulkefly Ahmad yang kini Menteri Kesihatan.

Kerusi Parlimen kosong, selepas penyandangnya Datuk Seri Rafizi Ramli meletakkan jawatan dan mengumumkan keluar daripada PKR

Beliau berbuat demikian bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad. Berikutan Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Menteri Besar Selangor mengumumkan pelantikan Tengku Zafrul sebagai pegawai pemantau Parlimen Pandan dan Ampang.

Tindakan Tengku Zafrul menyertai PKR turut memungkinkan nama beliau disebut-sebut bakal menggantikan Amirudin sebagai Menteri Besar jika PH berjaya mempertahankan Selangor pada PRU-16 nanti.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img