MENTERI Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada semua pemenang Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, di Kuala Lumpur malam tadi.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh penggiat industri perfileman, termasuk tenaga kerja di hadapan dan belakang tabir, yang terus menghasilkan karya serta mengangkat cerita tempatan ke peringkat lebih luas.
“Malam tadi kita raikan karya dan bakat filem Malaysia. Tahniah Khadam dan semua pemenang FFM35! Dari depan kamera sampai belakang tabir, teruskan berkarya, terus bawa cerita Malaysia lebih jauh,” katanya dalam hantaran tersebut.
Pada majlis itu, Fahmi turut menyampaikan anugerah bagi kategori Filem Terbaik yang dimenangi filem Khadam.
Kemenangan itu melayakkan filem berkenaan menerima insentif Dana Kandungan Kreatif bernilai RM1 juta berserta trofi.
Selain itu, Khadam turut membawa pulang sembilan anugerah lain termasuk Pengarah Terbaik menerusi Shamyl Othman dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang dirangkul pelakon cilik Zarra Zhaf.
Berikut ialah senarai pemenang FFM35:
Filem Terbaik: Khadam
Pengarah Terbaik: Shamyl (Khadam)
Pengarah Harapan: Ezrie Gazali (Abah Saya Uncle Mike)
Cerita Asal Terbaik: Macai
Lakon Layar Terbaik: Khadam
Pelakon Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam (Badak)
Pelakon Wanita Terbaik: Aida Amron (Badak)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Kuben Mahadevan (Macai)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Zarra Zhaff (Khadam)
Pelakon Lelaki Harapan: Mierul Aiman (Tarung: Unforgiven)
Pelakon Wanita Harapan: Aila Azizul (Malam Terlarang)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: The Waves Will Carry Us
Anugerah Khas Juri 1: Aghniny Haque (Khadam)
Anugerah Khas Juri 2: Badak
Anugerah Khas Karyawan: Panchacharam P. Nalliah (Pansha)
Anugerah Khas Sepanjang Zaman 1: Ahmad Yatim
Anugerah Khas Sepanjang Zaman 2: Fauziah Ahmad Daud
Anugerah Khas Filem Box Office: Papazola The Movie
Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik: Tarung: Unforgiven
Penyunting Terbaik: The Waves Will Carry Us
Sinematografi Terbaik: Khadam
Penataan Seni Terbaik: Mother Bhumi
Penataan Bunyi Terbaik: Khadam
Lagu Tema Terbaik: Khadam
Skor Muzik Asal Terbaik: Khadam
Kesan Khas Visual Terbaik: Malam Terlarang
Poster Terbaik: Blues
Rekaan Kostum/Busana Terbaik: Gayong 2
Tatarias/Solekan Terbaik: Khadam
Filem Pendek Terbaik: Salted Fish (Ikan Masin)
Dokumentari Terbaik: Cekal: Kisah Bonnie Bunyau Gustin





