Tiada keperluan bahas pilihan raya PBT, selagi kajian UIA belum diterima – Fahmi

KERAJAAN belum melihat keperluan membahaskan syor pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pelantikan Datuk Bandar di Parlimen kerana hasil kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) masih belum diterima.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setakat ini tiada sebarang perkara untuk dibentangkan kepada Kabinet kerana kajian yang dirujuk masih berada di peringkat awal.

“Memang tidak ada apa-apa untuk dibentangkan pada waktu ini kerana apa yang Yang Berhormat Hannah Yoeh sebut adalah satu kajian yang disediakan oleh pihak UIAM dan kajian itu pun belum dibawa ke Kabinet.

“Kabinet belum membincangkan, jadi belum ada apa-apa, ia pramatang,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Zchwantech Group dan Magna AI di Le Méridien, Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menggesa kerajaan supaya membentangkan dan membahaskan syor pilihan raya terbabit di Parlimen.

Tambah beliau, kerajaan menghormati pandangan yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang, namun menegaskan setiap cadangan mesti berasaskan kajian lengkap serta dibincangkan secara telus di peringkat Kabinet.

“Tetapi kita terima baik apa-apa cadangan sekiranya beliau berhasrat untuk bangkitkan, saya percaya boleh bangkitkan dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) minggu depan.

“Cuma waktu ini Kabinet tidak ada sebarang perbincangan mengenai cadangan terbabit, belum dibentangkan hasil kajian UIA, jadi tidak ada apa-apa untuk kita bentangkan pada waktu ini,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img