PN dalam proses tentukan tarikh mesyuarat majlis tertinggi

PERIKATAN Nasional (PN) masih dalam proses menentukan tarikh mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (MTPN) selepas belum mencapai persetujuan bersama semua presiden parti komponennya.

Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau sudah menghubungi semua presiden parti anggota PN bagi mendapatkan satu tarikh yang dipersetujui bersama.

“Saya telah menghubungi semua presiden parti-parti anggota PN. Empat presiden untuk mereka menentukan satu tarikh yang semua mereka boleh hadir. Tak ada kecuali. Semua presiden boleh hadir dalam mesyuarat MTPN ini,” pada sidang media di Parlimen hari ini.

  Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu memaklumkan setakat ini belum ada tarikh yang dipersetujui oleh kesemua presiden terbabit.

“Kita harap tidak lebih daripada bulan inilah, tidak lebih pada minggu ini atau bulan ini. Itu perkembangan terakhir,” katanya  yang juga Setiausaha Agung PAS.

Menurut beliau, dua hari lalu pihaknya sudah menghantar surat kepada semua presiden dan perkara itu telah diakui terima dengan sebahagian mereka pun memberikan tarikh sesuai melibatkan keempat-empat presiden itu.

Beliau bagaimanapun berkata, seorang presiden memaklumkan tidak dapat menghadiri mesyuarat lebih awal daripada 19 Februari ini.

“(Pada) 19 (Feb) itu puasa. Jadi tidak awal 19 (Feb). Yang lain belum bagi lagi. Jadi dia kata 20 (Feb) ‘onward’. Jadi saya tengah bincang dengan yang lain-lain lagi,” katanya



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img