Tiga kenderaan bertembung, empat termasuk bayi maut di JRTB

EMPAT individu termasuk seorang bayi perempuan maut selepas tiga kenderaan terbabit dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dari arah Kelantan menghala ke Gerik, hari ini.

Mangsa yang maut terdiri daripada dua lelaki, seorang wanita dan seorang bayi perempuan manakala seorang kanak-kanak lelaki turut mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Mohd Rais Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 12.56 tengah hari.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat sebelum mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori dan dua kereta.

“Empat mangsa yang menaiki kereta Perodua Axia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sementara kanak-kanak lelaki yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya, lapor Harian Metro.

Menurutnya, kKesemua mangsa yang maut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kemalangan berkenaan.

Pihak bomba menjalankan operasi di lokasi sebelum menyerahkan urusan mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut.

Mohd Rais berkata, siasatan berhubung punca dan keadaan sebenar kemalangan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here