Maut terkena renjatan ketika dipercayai cuba curi kabel TNB

SEORANG lelaki tempatan maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tepi Jalan Acob di Kapar, Klang pagi tadi.

Mayat lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditemukan orang awam di lokasi kejadian kira-kira jam 10 pagi sebelum polis dimaklumkan mengenai penemuan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai terkena renjatan ketika melakukan kegiatan mencuri kabel.

Menurutnya, ketika ditemukan, tangan mangsa masih melekat pada kabel milik TNB.

“Siasatan awal mendapati, lelaki berusia 40-an itu dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan jenayah mencuri kabel dengan kedudukannya dan tangannya masih melekat pada kabel milik TNB.

“Kami turut menemukan peralatan memotong kabel bersama lelaki terbabit serta motosikal yang dipercayai digunakannya di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramsay berkata, identiti lelaki berkenaan kemudian disahkan oleh waris yang memaklumkan si mati berasal dari Kapar.

Menurutnya, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat lelaki terbabit dibawa ke Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here