UIAM tamatkan khidmat Dr.Solehah sebagai kakitangan akademik

UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menamatkan perkhidmatan Dr. Solehah Yaacob sebagai kakitangan akademiknya pada 27 April lalu.

Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIAM memaklumkan, penggunaan gelaran, jawatan atau apa-apa bentuk kaitan rasmi dengan universiti itu oleh Solehah tidak lagi dibenarkan.

Katanya, susulan penamatan itu ahli akademik berkenaan tidak lagi memegang jawatan sebagai profesor atau mewakili institusi pendidikan tinggi (IPT) tersebut dalam sebarang perjawatan.

“Ia juga merangkumi kandungan media sosial, bahan publisiti atau bahan hebahan lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung,” kata UIAM dalam kenyataan.

Sebelum ini, Solehah mendapat perhatian umum susulan beberapa pandangannya yang mencetuskan kontroversi termasuk mengenai sejarah dan tamadun Melayu.

Beliau dilaporkan mendakwa, masyarakat Rom purba mempelajari teknologi pembinaan kapal daripada masyarakat alam Melayu.

Terbaru, Solehah membentangkan teori kekayaan bijih besi di Kedah purba mungkin berpunca daripada hujan meteor pada zaman silam.

Sementara itu, UIAM berkata penjelasan mengenai kedudukan Solehah dapat mengelakkan kekeliruan pada masa akan datang.

“UIAM berharap dengan penjelasan mengenai status perkhidmatan dan kaitan rasmi Solehah dengan universiti ini dapat mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here