JSJK Bukit Aman ambil alih siasatan laporan bekas PTD

SIASATAN berhubung dua laporan polis membabitkan dakwaan pendedahan dokumen sulit serta penyebaran kenyataan tidak benar yang dikaitkan dengan bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, kini diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan.

“Saya sahkan ada menerima laporan. Kandungan dan siasatan telah diambil alih oleh JSJK Bukit Aman,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Muhammad Hafizuddeain membuat dua laporan polis berhubung dakwaan pendedahan dokumen sulit serta penyebaran kenyataan tidak benar yang dikaitkan dengan dirinya.

Peguamnya, Aizul Rohan Anuar berkata, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 1 petang tadi oleh Muhammad Hafizuddeain yang tiba di balai berkenaan sekitar pukul 12.30 tengah hari.

Menurut Aizul, laporan pertama berkaitan pendedahan dan penyebaran dokumen yang bersifat sulit dan dilindungi, termasuk penyata akaun bank milik anak guamnya serta beberapa dokumen Angkatan Tentera Malaysia yang diklasifikasikan sebagai rahsia.

Beliau berkata, laporan kedua pula dibuat susulan penyebaran kenyataan tidak benar dan bersifat fitnah oleh pihak tertentu, termasuk dakwaan kononnya Muhammad Hafizuddeain memakai jam tangan mewah ketika pertuduhan di mahkamah.

Jelasnya, dakwaan itu tidak berasas kerana jam tangan berkenaan bukan berjenama komersial, sebaliknya merupakan jam rasmi yang dikeluarkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan tertera tulisan ‘Chief of Army Malaysia’.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img