Wacana tingkatkan kesedaran pelajar berkaitan Rukun Negara, Perlembagaan

FORUM Strategik Massa (FORUM) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara, Persatuan Tenaga Pengajar Terakreditasi (ACTARM) dan Universiti Pengurusan & Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) telah menganjurkan Wacana Rukun Negara di Era Media Sosial: Peranan Orang Muda dan NGO hari ini.

Dalam satu kenyataan, FORUM berkata, antara objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran para pelajar berkaitan Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia.

‘’Selain itu, program bertujuan menyantuni anak-anak muda dan NGO agar membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia melalui nilai-nilai Rukun Negara yang semakin dilupakan. Sambutan program amat memberangsangkan dengan kehadiran 350 orang peserta pelbagai kaum di kampus TAR UMT, ‘’kata kenyataan tersebut.

Program itu menampilkan Prof. Madya Ts Dr Jessica Ong Hai Liaw dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai moderator.

Ahli panel pula ialah Yeap Thiam Hoong dari TAR UMT,  Theiviya a/p Lakshmikandan – wakil dari Jabatan Perpaduan Negara dan Intergriti Nasional (JPNIN) dan Dekan Kulliyyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Madya Dr Khairul Azami Sidek-

Turut hadir  Dekan Fakulti Komunikasi & Industri Kreatif TAR UMT , Dearna Kee June Chen serta pengurusan utama FORUM dan ACTARM.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img