Wanita serbu pentas utama cuba dekati Sultan Nazrin di sambutan Hari Kebangsaan di Ipoh

SUASANA sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak di Ipoh hari ini gempar seketika apabila seorang wanita bertindak menyerbu ke atas pentas utama dan cuba dekatu serta menarik Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Dalam satu kenyataan,  Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 pagi sewaktu lagu kebesaran negeri Perak sedang berkumandang.

Beliau berkata suspek warga tempatan berusia 41 tahun naik melalui bahagian tepi pentas sebelum berjaya ditahan oleh anggota keselamatan yang bertugas.

“Wanita itu berjaya ditahan di lokasi kejadian dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah selain rekod rawatan psikiatri dan kini berada di bawah pengawasan pakar.

“Bagaimanapun, ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadapnya didapati negatif,” katanya.

Noor Hisam berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah.

Beliau turut memberi amaran tegas agar orang ramai menghormati majlis rasmi kenegaraan dan tidak melakukan perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau menimbulkan ancaman terhadap keselamatan pemimpin dan orang kenamaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img