Warga emas maut tercampak, hilux terbabas

SEORANG lelaki warga emas maut selepas tercampak keluar dari kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dalam kemalangan di Batu 9, Jalan Kalabakan, Tawau petang semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3.30 petang semalam, mangsa, Awang Matnor, 65, berasal dari Taman Luahan Keningau memandu pacuan empat roda Toyota Hilux.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mangsa dipercayai hilang kawalan menyebabkan kenderaannya berpusing ketika melalui jalan berselekoh sebelum terbabas ke dalam parit.

“Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak keluar melalui cermin hadapan kenderaan. Mangsa ditemui di dalam longkang sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Klinik Kalabakan yang tiba tidak lama kemudian.

“Seorang penumpang lelaki warga Filipina berusia 40 tahun yang berada di tempat duduk hadapan pula didapati tersepit sebelum berjaya dikeluarkan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dikejarkan ke Hospital Tawau untuk menerima rawatan lanjut,” katanya, lapor Harian Metro.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img