Waris 55 mangsa tragedi Nepal hadir taklimat tertutup di Wisma Putra

WARIS kepada 55 mangsa insiden banjir di Nepal hadir di Wisma Putra di Putrajaya pagi ini bagi mendapatkan perkembangan terbaharu berkaitan tragedi berkenaan.

Kumpulan berkenaan mula tiba seawal jam 9 pagi untuk menyertai sesi taklimat khas yang diadakan secara tertutup oleh beberapa agensi kerajaan.

Kawalan keselamatan di kawasan pentadbiran Kementerian Luar Negeri itu turut diperketatkan, dengan hanya dua waris terdekat yang telah didaftarkan dibenarkan memasuki kawasan yang ditetapkan.

Waris terbabit kemudian dibawa masuk ke ruang legar utama kira-kira jam 9.30 pagi bagi mengikuti sesi taklimat kali kedua berhubung perkembangan terkini insiden berkenaan, lapor BH.

Taklimat itu melibatkan kerjasama beberapa agensi, antaranya Kementerian Luar Negeri, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kimia Malaysia serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sesi terdahulu memberi tumpuan kepada proses pengambilan sampel DNA daripada ahli keluarga terdekat bagi membolehkan ujian padanan dijalankan untuk mengenal pasti dan mengesahkan identiti mangsa.

Bagi sesi kali ini, waris diberikan penerangan mengenai perkembangan operasi terkini selain perkara berkaitan kebajikan keluarga yang terlibat.

Sementara itu, petugas media masih berkumpul di perkarangan Wisma Putra untuk mendapatkan kenyataan rasmi dan perkembangan lanjut selepas sesi taklimat selesai.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here