Zahid kata ‘’kasi bungkus itu orang’’…..Anthony Loke jawab ”janganlah angkuh”

SETIAUSAHA  Agung DAP Anthony Loke  menasihati Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi  supaya tidak angkuh ketika berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau memberi nasihat itu selepas Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN menggesa pengundi di DUN Chennah supaya ‘’membungkus’ Anthony.

Anthony yang juga Menteri Pengangkutan berkata, pengundi lebih mengetahui khidmatnya di kawasan berkenaan dan terpulang kepada mereka untuk memutuskan sama ada mahu ‘membungkusnya’ atau sebaliknya.

“Pertamanya, kita sebagai rakan dalam kabinet, tak payahlah bercakap secara angkuh. Kita berkempen secara positif. Sama ada ‘dibungkus’ atau tidak, itu terpulanglah kepada rakyat. Pengundi akan membuat keputusan,” katanya kepada wartawan di Pasari Titi, Seremban.

Semalam, ketika berkempen di Simpang Durian, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menyeru pengundi supaya memberi kemenangan kepada Calon BN di DUN Chennah, John Siow Kong Choon dengan berkata “kasi bungkus itu orang (Loke).”

Ahmad Zahid menyeru pengundi supaya menumbangkan DAP di Chennah jika ingin BN menguasai Negeri Sembilan.

“Bacaan saya, saya harap saya tidak salah. Bacaan saya, kalau kita rampas Chennah, bererti kita merampas Negeri Sembilan di bawah BN. Begitu juga kalau kita rampas dan kekalkan Linggi di bawah BN. Confirm Negeri Sembilan di bawah BN,” kata Zahid merujuk kerusi yang ditandingi Pengerusi PH negeri dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Mengulas lanjut, Anthony berkata Chennah merupakan kawasan luar bandar yang memerlukan banyak kemudahan infrastruktur dan pelbagai kerja naik taraf telah dilaksanakan sejak beliau mengambil alih kerusi DUN itu.

Beliau turut mengingatkan Zahid bahawa Chennah terletak dalam kawasan Parlimen Jelebu, yang disandang Pengerusi BN Negeri Sembilan Jalaluddin Alias

“Jangan lupa DUN Chennah ini juga sebahagian daripada parlimen Jelebu, jadi ada tanggungjawab bersama,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img