2,202 mangsa banjir ditempatkan di 24 PPS di lima negeri

SEBANYAK 2,202 mangsa daripada 633 keluarga ditempatkan di 24 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang diaktifkan di lima negeri susulan banjir setakat jam 8 malam ini.

Berdasarkan data terkini portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), negeri yang terjejas banjir ialah Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Selangor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,435 orang daripada 383 keluarga kini ditempatkan di 11 PPS di tiga daerah yang dibuka sejak 29 Oktober lalu.

Ia diikuti Perak dengan seramai 630 mangsa daripada 211 keluarga yang kini ditempatkan di tujuh PPS di lima daerah.

Banjir di Negeri Sembilan turut menyebabkan 61 mangsa daripada 17 keluarga dipindahkan ke dua PPS di Port Dickson, manakala 29 mangsa daripada sembilan keluarga di Melaka kini berlindung di dua PPS di Melaka Tengah dan Alor Gajah.

Di Sarawak, seramai 47 mangsa daripada 13 keluarga masih berada di dua PPS.

Daripada keseluruhan 2,202 mangsa yang terjejas, 58 adalah bayi, 775 kanak-kanak dan 217 lagi ialah warga emas.

Turut ditempatkan di PPS ialah 1,369 mangsa dewasa serta 57 orang kurang upaya (OKU).

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here