3 buah kilang di Kulim terbakar

TIGA buah kilang terbakar di Jalan Makmur 7, Lunas di Kulim awal pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.57 pagi.

Sebaik sahaja menerima panggilan, jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim serta BBP Kulim Hi-Tech segera bergegas ke lokasi.

Menurut jurucakap JBPM Kedah, kebakaran membabitkan tiga kilang kelas A dengan anggaran kemusnahan dianggarkan masing-masing 50 peratus dan 90 peratus.

“Operasi pemadaman masih dijalankan menggunakan empat aliran air dengan bantuan balai bomba berhampiran dari Pulau Pinang,” katanya.

Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terbabit manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img