Wanita maut tersepit kereta dipandu bertembung lori di Jalan BKE

SEORANG wanita maut selepas kereta Perodua Bezza yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan BKE, Batu 7, Tawar, di Baling pagi ini.

​Mangsa, Siti Rositah Baharom, 56, berasal dari Taman Sheikh Fadzir, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

​Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 pagi dan segera menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi nahas.

​Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

​”Pasukan bomba mengambil masa hampir 30 minit untuk mengeluarkan mangsa kerana kakinya tersepit pada bahagian struktur kenderaan yang remuk. Kami terpaksa menggunakan peralatan khas pemotongan bagi mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

​Bagaimanapun, katanya, pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia manakala pemandu lori yang terlibat tidak mengalami kecederaan.

Zulkhairi berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk  proses bedah siasat dan siasatan lanjut mengenai kemalangan itu dijalankan pihak polis.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img