Mayat lelaki dan wanita reput ditemukan dalam rumah dua tingkat di Setia Alam

POLIS mengesahkan mayat lelaki dan wanita yang ditemukan dalam keadaan reput di sebuah rumah di Seksyen U13, Setia Alam malam tadi dipercayai meninggal dunia lebih dari seminggu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, siasatan mendapati kedua-dua mereka dipercayai pasangan kekasih.

Menurut beliau, siasatan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mendapati kedua-dua si mati telah meninggal dunia lebih seminggu.

“Kedua-dua si mati itu dipercayai pasangan kekasih, yang mana lelaki berusia 36 tahun manakala perempuan berusia 39 tahun.

“Tempoh kedua-dua mereka menyewa di rumah itu masih dalam siasatan polis,” katanya kepada media hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, penemuan mayat seorang lelaki dan seorang wanita di sebuah rumah di kawasan berkenaan tiada unsur jenayah.

Ramsay berkata, siasatan awal pihak polis bersama pasukan Forensik IPK Selangor mendapati keadaan rumah itu bertutup, tiada kenderaan dan pintu besi hadapan tidak berkunci.

Katanya, kedua–dua si mati berada di dalam sebuah bilik di tingkat bawah dan mayat sudah mereput.

Tiada sebarang kecederaan pada bahagian tubuh badan kedua-dua mangsa.

Mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan siasatan diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR).

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img