Gambar Hamzah bersama Hadi di Rusila dengan catatan ‘’ Allah SWT sebaik-baik perancang’’ tarik perhatian

‘’ALHAMDULILLAH.Minum petang di Rusila. Allah SWT adalah sebaik-baik perancang’’ – Itu catatan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menyiarkan gambar beliau bersama Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam Facebooknya.

Gambar itu menarik perhatian memandangkan pertemuan yang turut disertai oleh Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr.Samsuri Mokhtar, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman berlaku selepas beberapa jam Lembaga Disiplin Bersatu memecat keahlian Hamzah bersama 16 pemimpin Bersatu yang lain.

Bagaimanapun Hamzah tidak memberi ulasan berhubung pertemuan itu yang menyaksikan kehadiran tiga lagi Ahli Parlimen Bersatu iaitu Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) dan Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor).  Saifuddin dan Wan Saiful dipecat lebih awal daripada Hamzah.

Apakah mungkin Pas akan mengekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang memandangkan sebelum ini parti itu yang memilih beliau memegang jawatan tersebut? Jika itu berlaku ia bukanlah sesuatu yeng mengejutkan memandangkan Pas sememangnya lebih selesa dengan Hamzah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img