Pensyarah sambilan rugi RM664,278 terperdaya pelaburan tidak wujud

SEORANG lelaki warga Amerika Syarikat yang bekerja sebagai perunding dan pensyarah sambilan di sebuah universiti tempatan mengalami kerugian RM664,278 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud melalui aplikasi dalam talian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada 20 Februari lalu kira-kira jam 10.40 pagi.

Menurutnya, mangsa berusia 74 tahun itu mula terlibat dalam skim pelaburan itu pada 26 November tahun lalu selepas diperkenalkan kepadanya aplikasi Moo Moo Chat.

“Mangsa kemudian berurusan dengan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang membimbingnya memuat turun satu lagi aplikasi dikenali sebagai Bos Pro bagi tujuan pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa seterusnya membuat sebanyak 11 transaksi berasingan ke dalam akaun bank berlainan secara berperingkat membabitkan jumlah keseluruhan RM664,278.

“Pada 30 Januari lalu, mangsa mendapati tidak dapat mengeluarkan wang keuntungan seperti yang dijanjikan sebelum menyedari dirinya ditipu,” katanya.

Menurut Mohamad Lazim, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img