Polis buru pemandu pandu melulu, elak ditahan di KSAB

POLIS memburu pemandu kereta yang pandu melulu dan melarikan diri daripada ditahan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan jam 2.40 petang daripada polis bantuan kompleks berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kereta bernombor pendaftaran Malaysia telah memasuki laluan kenderaan berat di pintu ‘Gate C’ bagi laluan masuk dari Malaysia ke Singapura.

“Petugas telah mengarahkan pemandu supaya membuat pusingan U ke laluan kenderaan ringan, namun arahan itu tidak dipatuhi.

“Sebaliknya, suspek memecut laju sehingga melanggar palang pos pemeriksaan Jabatan Imigresen serta empat kon keselamatan di laluan berkenaan sebelum menuju ke arah pintu keluar ke Singapura,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian.

Terdahulu, satu video tular berdurasi 33 saat yang dimuat naik menerusi akaun Facebook ‘Malaysia – Singapore Border Crossers (MSBC)’ memaparkan sebuah kereta dipandu secara berbahaya di kawasan pemeriksaan sempadan itu tular di media sosial.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img