Polis tahan dua lelaki miliki mercun tanpa lesen

POLIS menahan dua lelaki yang mempunyai rekod jenayah dan dadah menerusi Op Cantas/ Op Limau gara-gara memiliki pelbagai jenis mercun tanpa lesen, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 25 dan 41 tahun ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Kluang susulan aduan pada jam 11.30 malam berkaitan kegiatan mereka.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kedua-dua suspek ditahan di dua lokasi berasingan antara jam 12.35 tengah malam hingga 1.11 pagi.

Tangkapan itu membolehkan polis merampas kotak mercun jenis Happy Boom 138 shoot yang dibakar, pemetik api, 10 kotak mercun Happy Boom.

“Semakan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik.

“Namun, ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek bebas bahan terlarang,” katanya dalam kenyataan, lapor Berita Harian.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img