‘’TIDAK logik untuk parti Kerajaan Perpaduan bekerjasama di Parlimen tetapi di peringkat negeri’’
Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pendekatan kerjasama Kerajaan Perpaduan menjelang pilihan raya akan datang.
Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Anwar perlu mencapai keputusan yang jelas secepat mungkin.
“Perlu diputuskan ialah apa bentuk kerjasama kita? Sama ada kita memasuki pilihan raya secara kerjasama – itu ada pengagihan kerusi antara Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang lebih tersusun ataupun free-for-all (bebas tanding mana-mana kerusi)? Kalau sudah tak bekerjasama, nak lawan sekali, biarlah serentak kita lawan sekali. Ataupun bekerjasama sekali,’’ katanya lapor FMT.
Beliau berkata, PH tidak boleh samar-samar dan mesti membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
‘Ia mesti dengan satu cara atau yang lain. Jika kita memilih untuk bekerjasama, maka berjuanglah sebagai satu barisan yang bersatu; jika tidak, maka biarlah free-for-all,’’ katanya.
Pada September lalu, Anthony Loke mencadangkan PRN di 11 negeri Semenanjung Malaysia diadakan serentak dengan PRU-16 bagi menjimatkan kos dan penyelarasan penggal dan ia merupakan amalan biasa sehingga 2021-2022.
PRU15 diadakan pada 19 Nov 2022, tetapi Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Kedah menangguhkan PRN kerana bimbang berlaku banjir pada akhir tahun.
Enam negeri itu mengadakan PRN pada 12 Ogos 2023. Hanya Perlis, Perak dan Pahang mengadakan PRN serentak dengan PRU15.
Beliau berkata, jika pilihan raya Persekutuan dan Negeri diadakan serentak lebih mudah untuk parti kerajaan berunding pengagihan kerusi jika pilihan raya Persekutuan dan negeri diadakan serentak.
“Kika pilihan raya Persekutuan dan negeri diadakan berasingan dan memilih pendekatan “bebas untuk semua”, parti kerajaan perpaduan perlu bersaing dalam PRN. Itu pasti akan menjejaskan kerjasama dalam kerajaan.
“Kita melihat bagaimana kerajaan Perikatan Nasional (PN) runtuh dengan cara ini – mereka mentadbir bersama di peringkat Persekutuan, tetapi bergaduh antara satu sama lain di Melaka, Johor dan Sabah. Jadi, bagaimana anda boleh terus bekerjasama di peringkat Persekutuan?” soalnya.


