POLIS menahan seorang penganggur kerana dipercayai mencuri pakaian dalam wanita di sebuah taman di Bahau, Negeri Sembilan dalam kejadian Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, suspek berusia 39 tahun ditahan di rumahnya di Taman Mahsan kira-kira jam 4.30 petang tadi.
Menurutnya, siasatan polis mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
“Polis turut merampas sebuah motosikal dan sehelai pakaian dalam yang dicuri. Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Kuala Pilah,” katanya.
Norhisham berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.
Media sebelum ini melaporkan mengenai tindakan lelaki yang memanjat pagar sebelum mencuri pakaian dalam wanita di ampaian di bahagian luar rumah.
Satu laporan polis dibuat seorang wanita selepas melihat video berkenaan ketika melayari media sosial miliknya.


