13 kanak-kanak antara 15 individu merusuh di Skudai direman

SERAMAI 13 kanak-kanak antara 15 individu ditahan bagi membantu siasatan kes merusuh di hadapan sebuah sekolah menengah di kawasan Bandar Selesa Jaya, Skudai, semalam.

Ketua Polis Iskandar Puteri M Kumarasan, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 12.45 tengah hari semalam, dan mereka ditahan terdiri turut terdiri dua wanita tempatan berusia antara 12 hingga 37 tahun.

Mereka ditahan antara 3 petang hingga 11.11 malam tadi di kawasan Nusa Bestari serta Iskandar Puteri.

“Punca pergaduhan dipercayai akibat tidak puas hati apabila seorang daripada suspek telah ditampar hingga membawa pergaduhan selepas waktu persekolahan,” katanya menurut Bernama.

Kumarasan berkata, permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas dua wanita terbabit dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini, manakala semua kanak-kanak lelaki direman sehingga 14 April.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 323 kanun sama iaitu sengaja mendatangkan kecederaan.

Terdahulu, video berdurasi 29 saat yang memaparkan pergaduhan itu tular di Facebook.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img