Lelaki bawah pengaruh dadah tumbuk wanita depan pasar raya ditahan

POLIS menahan seorang lelaki yang dipercayai menumbuk seorang wanita hingga mendatangkan kecederaan parah di hadapan sebuah pasar raya di Mersing, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintenden Mohd Nizam Yusoff berkata, laporan dibuat mangsa dan bertindak atas maklumat, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan di sekitar bandar ini kira-kira jam 12.15 tengah malam semalam.

“Hasil siasatan mendapati berlaku perselisihan faham apabila mangsa dipercayai cuba mengelak suspek yang sedang melintas jalan ketika memandu,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Mohd Nizam berkata, berikutan kejadian itu, mangsa berusia 48 tahun itu mengalami lebam di dahi dan patah hidung.

Beliau berkata, suspek didapati positif methamphetamine dan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tata Cara Jenayah selama empat hari bermula semalam.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah tanpa senjata dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, tular dalam Facebook satu video berdurasi 42 saat yang memaparkan insiden seorang lelaki secara tiba-tiba menumbuk wanita di hadapan pasar raya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img