JBPM terima laporan penuh punca kebakaran firma guaman 2 minggu lagi

PUNCA kebakaran membabitkan firma guaman di Lebuh King, Georgetown yang mengorbankan seorang peguam veteran dan kerani wanita pada Isnin lalu dijangka diketahui dua minggu lagi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ahmad Izram Osman berkata, beberapa sampel diperoleh di lokasi dihantar ke Makmal Penyiasatan Kebakaran Elektrik (FIvEL) di Shah Alam, Selangor sehari selepas kejadian untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, ia membolehkan pihaknya memastikan sama ada punca kebakaran itu berlaku sama ada disebabkan pendawaian atau peralatan elektrik.

Katanya, JBPM perlu menyemak secara teliti terlebih dahulu sebelum mengumumkan punca sebenar kebakaran itu, apatah lagi dalam kes ini ia turut melibatkan pihak lain antaranya Suruhanjaya Tenaga (ST), TNB (Tenaga Nasional Berhad) dan sebagainya.

“Walaupun JBPM mempunyai makmal siasatan kebakaran di Pulau Pinang, tapi kes-kes yang melibatkan kebakaran elektrik kita menghantar sampel ke pusat yang terletak di Shah Alam.

“Kalau kita ikut dia punya (keputusan) maksimum 14 hari (dua minggu) tapi biasanya dalam seminggu atau lebih sikit akan dapat keputusan itu,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan siasatan kebakaran di firma guaman yang mengorbankan dua individu pada Isnin lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad Izram berkata, pihaknya akan melakukan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini dari semasa ke semasa.

“Kita akan panggil persatuan yang terlibat dalam bangunan warisan untuk tengok balik dari segi keselamatan kebakaran.

“Macam kes ini (kebakaran firma guaman) kita boleh lihat dengan lantainya kayu, pendawaiannya betul-betul di bawah lantai kayu, nasib baik tangga itu telah pun diubah kepada tangga konkrit. Kalau tangga kayu dengan tangga-tangga sekali hilang, jadi kita kena tengok semua ini balik dengan melaksanakan pemeriksaan secara berjadual,” katanya.

Media pada Isnin lalu melaporkanm, peguam veteran, Datuk G San Markan, 88, dan seorang keraninya, Chandra Binwani Jiwatram, 60, maut selepas terperangkap dalam kebakaran di firma guaman di Lebuh King, kira-kira jam 12 tengah hari.

Keputusan bedah siasat mengesahkan kematian kedua-dua mangsa akibat terhidu asap.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img