FOKUS JUMAAT
WALAUPUN Iran bersedia berunding dengan Amerika Syarikat (AS) bagi menamatkan konflik di Asia Barat yang tercetus akibat kebiadaban AS membuat pakatan jahat dengan negara pengganas Israel menyerag Iran, namun Iran tetap berwaspada helah Presiden AS Donald Trump dan sekutunya penjenayah antarabangsa Benjamin Netanyahu.
Ia terbukti apabila Angkatan Bersenjata Iran menegaskan mereka berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi untuk menghadapi sebarang tindakan permusuhan baharu, dengan penempatan aset ketenteraan yang diperluas serta peningkatan ketara dalam keupayaan dron tempur.
Kenyataan Iran itu dilihat selaras dengan peringatan oleh Rusia supaya Iran berhati-hati dengan taktik jahat AS yang berusaha untuk melengah-lengah masa bagi membolehkan mereka membuat persiapan bagi melakukan serangan darat.
Namun Iran sudah tahu sikap pembohong Trump. Iran sememangnya bersedia berunding tetapi perundingan itu berjalan dalam keadaan 98.8 peratus Iran tidak mungkin akan percaya kepada AS.
Tambahan pula ketika ini AS berada dalam keadaan terdesak kerana ‘pusingan pertama’ peperangan yang bermula 28 Februari menyaksikan negara kuasa besar itu yang disokong oleh anggota Senat Republikan telah kalah.
Tetapi untuk menutup malunya Trump yang dilihat ‘pak turut’ kepada Netanyahu bersedia berunding dengan Iran melalui Pakistan yang menjadi orang tengah. Namun ternyata ia gagal kerana Trump membawa mandat Netanyahu yang sama sekali tidak mahu berdamai dengan Iran.
Malah semalam, Menteri Pertahanan Israel memberi amaran negara pengganas itu akan menyerang habis-habisan Iran jika negara Repubik Islam itu menolak tawaran AS. Kenyatan itu sudah membuktikan bahawa AS sebenarnya datang berunding untuk Israel yang sudah lama membenci Iran.
Bagaimanapun Iran tahu situasi ini dan tidak mudah dibuai oleh tipu helah Trump dan niat jahat Netanyahu yang menggunakan modus operandi yang sama seperti mana mereka lakukan di Gaza. Isytihar gencatan senjata, membuat pelan damai tetapi di sebalik ‘kain menutupi talam’ yang mempunyai dokumen perjanjian, ia hakikatnya ada senjata api yang tersembunyi.
Akibatnya sehingga ke hari ini, Israel terus membunuh rakyat Palestin, Trump tersenyum puas kerana sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ‘balaci’ kepada Israel dengan jayanya.
Atas sebab itu Timbalan Komander Tentera Iran bagi hal ehwal operasi, Brigedier Jeneral Alireza Sheikh, berkata negara itu akan bertindak balas secara tegas sekiranya musuh melancarkan operasi baharu, berdasarkan perancangan dan langkah strategik yang telah dirangka lebih awal.
Menurut beliau, Angkatan Bersenjata Iran kini ditempatkan secara bersepadu di seluruh negara dengan formasi yang sesuai, sekaligus memperkukuh pertahanan di setiap kawasan strategik.
“Musuh tidak mampu menghampiri wilayah dan sempadan Iran, sebaliknya hanya melaksanakan serangan dari jarak jauh menggunakan senjata ‘standoff’,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, beliau mendedahkan bahawa pengeluaran dron serangan Iran meningkat sehingga sepuluh kali ganda dalam tempoh tujuh bulan selepas Perang 12 hari Jun 2025, berbanding sebelum konflik tersebut.
Katanya, peningkatan itu disifatkan sebagai satu “revolusi” dalam industri pembuatan dron negara, dengan dron kini memainkan peranan penting dalam operasi gabungan, termasuk mengganggu sistem pertahanan musuh serta membantu ketepatan serangan peluru berpandu.
Tambah beliau, Iran turut berjaya menghasilkan pelbagai peralatan dan sistem senjata secara sepenuhnya dalam negara, sekali gus mengukuhkan keupayaan pertahanan domestik.
“Keupayaan ini membuktikan kemandirian Iran dalam sektor pertahanan, dan tiada negara lain memiliki sistem yang dihasilkan sepenuhnya secara domestik seperti ini,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa kejayaan memaksa pihak musuh kembali ke meja rundingan untuk membincangkan tuntutan dianggap sebagai satu bentuk kemenangan bagi Iran.
Sememangnya selagi pakatan jahat melibatkan AS-Israel berterusan selagi itulah dunia tidak akan aman, namun keupayaan ketenteraan dan semangat mempertahankan maruah serta kedaulatan yang ada pada Iran memungkinkan Trump-Neyantahu – dua pemimpin berjiwa pengganas – bagaikan buku bertemu ruas.


