Suspek insiden tembakan di Rumah Putih ditahan

SEORANG individu telah ditahan susulan insiden tembakan pada majlis makan malam wartawan Rumah Putih di Washington, DC, kata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Malam yang agak luar biasa di DC. Perkhidmatan Rahsia dan penguat kuasa melakukan kerja yang hebat. Mereka bertindak pantas dan berani. Penembak telah ditangkap,” menurut Trump pada platform Truth Social beliau.

DONALD Trump dan isteri dibawa keluar daripada acara tahunan di Washington Hilton susulan insiden berkaitan keselamatan

Kenyataan itu dibuat selepas Trump dan isteri, Melania Trump dibawa keluar daripada acara tahunan di Washington Hilton susulan insiden berkaitan keselamatan.

Dalam hantaran berasingan, Trump berkata, Melania, Naib Presiden JD Vance dan semua anggota Kabinet, “dalam keadaan baik.” “Kami akan bercakap dengan anda dalam masa setengah jam. Saya telah bercakap dengan semua wakil yang bertanggungjawab bagi acara itu, dan kami akan menjadualkan semula majlis dalam masa 30 hari,” tambahnya.

Menurut Perkhidmatan Rahsia seorang individu berada dalam tahanan. “Keadaan mereka yang terlibat belum diketahui, dan pihak berkuasa sedang giat menilai situasi,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img