MENTERI Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr.Sani Araby Abdul Alim memaklumkan sehingga pukul 7 malam ini a satu daripada 22 kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang dipintas dan diceroboh tentera Israel telah berjaya dihubungi.
Katanya, kapal itu dengan nama TamTam telah terputus hubungan lebih 10 jam setelah alat komunikasi dan enjin kapal disabotaj,bagaimanapun, 21 kapal yang lain masih belum dapat dihubungi.

‘’ Kerajaan mengecam sekeras-kerasnya tindakan pencabulan rejim Zionis diperairan antarabangsa, lebih-lebih lagi apabila insiden ini turut melibatkan 10 rakyat Malaysia.Kementerian Komunikasi akan terus memantau pelaporan media bagi memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat dan sahih,’’ katanya melalui Facebook.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi, khususnya melalui SNCC, agensi kerajaan serta media arus perdana, bagi mengelakkan kekeliruan dan penyebaran berita tidak benar.
SEMENTARA ITU dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini, Dr Sany Arabi memaklumkan daripada 63 kapal 22 sudah dipintas Israel dengan jumlah peserta 186 orang ditahan.
‘’Untuk Malaysia pula lebih kurang 22 kapal kita yang sudah sah ditahan dan diculik. Daripada maklumat kapal-kapal lain kita nampak ada pergerakan mereka bawa delegasi naik di atas kapal dia (Israel) termasuk 10 orang Malaysia,’’ katanya.


