Sebuah kapal Global Sumud berjaya dihubungi, 10 rakyat Malaysia dibawa ke atas kapal besar Israel

MENTERI Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr.Sani Araby Abdul Alim memaklumkan sehingga pukul 7 malam ini a satu  daripada 22 kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang dipintas dan diceroboh tentera Israel telah berjaya dihubungi.

Katanya,  kapal itu dengan nama TamTam telah terputus hubungan lebih 10 jam setelah alat komunikasi dan enjin kapal disabotaj,bagaimanapun, 21 kapal yang lain masih belum dapat dihubungi.

‘’ Kerajaan mengecam sekeras-kerasnya tindakan pencabulan rejim Zionis diperairan antarabangsa, lebih-lebih lagi apabila insiden ini turut melibatkan 10 rakyat Malaysia.Kementerian Komunikasi akan terus memantau pelaporan media bagi memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat dan sahih,’’ katanya melalui Facebook.

Sehubungan itu, beliau meminta  orang ramai agar mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi, khususnya melalui SNCC, agensi kerajaan serta media arus perdana, bagi mengelakkan kekeliruan dan penyebaran berita tidak benar.

SEMENTARA ITU  dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini, Dr Sany Arabi memaklumkan daripada 63 kapal  22 sudah dipintas Israel dengan jumlah peserta 186 orang ditahan.

‘’Untuk Malaysia pula lebih kurang 22 kapal kita yang sudah sah ditahan dan diculik. Daripada maklumat kapal-kapal lain kita nampak ada pergerakan mereka bawa delegasi  naik di atas kapal dia (Israel) termasuk 10 orang Malaysia,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img