Polis buru pemandu lelaki lolos selepas langgar 12 kenderaan ketika dikejar

POLIS sedang memburu pemandu kereta yang melanggar 12 buah kenderaan lain ketika dikejar kereta peronda sejauh kira-kira 20 kilometer sebelum berjaya meloloskan diri di Georgetown semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, kejadian yang tular di media sosial itu bermula apabila polis mengesan sebuah kereta di Green Lane dalam keadaan mencurigakan dan mengarahkan ia berhenti untuk diperiksa, namun pemandunya terus memecut laju menghala Persiaran Gurney.

“MPV (kereta peronda polis) terus mengejar kereta yang dipandu seorang lelaki, namun suspek berjaya meloloskan diri selepas dikejar sejauh kira-kira 20 kilometer. Ketika ini usaha mengesan pemandu kereta tersebut giat dijalankan.

“Setakat ini kami menerima 12 laporan polis daripada individu terlibat yang mendakwa kenderaan mereka dilanggar oleh suspek dan mengalami pelbagai kerosakan,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Menurut Azizee, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular dalam media sosial video berdurasi 43 saat memaparkan dua kenderaan MPV polis mengejar sebuah kereta yang dipandu laju sehingga melanggar beberapa kenderaan di Persiaran Gurney.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img