Suspek pecah rumah ditahan bersembunyi bawah katil rumah mangsa

SEORANG lelaki tempatan ditahan ketika bersembunyi di bawah katil di sebuah rumah dalam cubaan untuk menyamun kediaman itu di Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam pada malam Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 10.30 malam mengenai kehadiran seorang lelaki mencurigakan di dalam rumah berkenaan.

SUSPEK pecah rumah yang ditahan ketika bersembunyi bawah katil dalam rumah penduduk di Simpang Renggam pada Isnin lalu

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Simpang Renggam bergegas ke lokasi dan berjaya menahan suspek yang berusia 38 tahun kira-kira jam 10.45 malam.

“Suspek ditemukan sedang bersembunyi di bawah katil dalam sebuah bilik di rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin, hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik.

Beliau berkata, polis berjaya mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek selama tujuh hari hingga 11 Mei bagi membantu siasatan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah rumah atau masuk ke dalam bangunan secara tidak sah.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya  menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di talian 07-778 4222 atau hotline 07-776 6822.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img