Pesara tentera alami sakit, kereta terbalik langgar dua kenderaan

SEORANG pesara tentera berusia 84 tahun cedera ringan selepas kereta dipandunya terbalik dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan 34/26, Wangsa Maju, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, kemalangan membabitkan sebuah Nissan Latio hatchback, kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Corolla Cross dan Proton Saga.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati pemandu Nissan Latio dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar dua kenderaan yang diparkir di bahu kiri jalan.

“Akibat pelanggaran itu, Nissan Latio berkenaan terbalik.

“Pemandunya iaitu lelaki Melayu berusia 84 tahun mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pemandu SUV iaitu lelaki warga Arab berusia 36 tahun yang berada dalam kenderaan ketika kejadian serta pemilik Proton Saga berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada masalah kesihatan dialami pemandu Nissan Latio yang mengalami sakit di bahagian pundi kencing sehingga hilang kawalan terhadap kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai atau saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img