Dua beradik perempuan lemas: Mayat ditemukan di dasar sungai selepas tiga jam

DUA beradik perempuan yang dilaporkan hilang selepas mandi di Sungai Jeram Pasar di Kampung Jeram Hulu, Kuala Nerus petang tadi ditemukan lemas kira-kira tiga jam kemudian.

Mangsa, Nur Afiqah Shahirah Mohd Shawalluddin, 15, dan adik tirinya, Nur Shahila Shahirah Azman, 12, masing-masing ditemukan di dasar sungai kira-kira 50 meter dari lokasi mereka dipercayai tenggelam.

P‎egawai Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba II Baharum Muhamad Hasim berkata, kedua-dua mangsa ditemukan menerusi selaman kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekitar jam 6 petang.

‎”Mangsa ditemui berhampiran antara satu sama lain di dasar sungai pada kedalaman kira-kira tujuh meter dan jarak 50 meter dari tebing sungai,” katanya di lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi SAR mengambil masa hampir tiga jam sebelum kedua-dua mangsa berjaya ditemukan.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang tadi, kedua-dua mangsa dipercayai mandi bersama dua lagi rakan sebelum dihanyutkan arus deras.

Bagaimanapun, dua rakan mangsa berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang berada di lokasi kejadian.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img